Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPPM
1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
2. Permohonan janji temu boleh dibuat selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan;
3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (rujuk portal JPPM bagi maklumat Operasi Pejabat ) ;
4. Pemohon perlu berada di pejabat JPPM sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPPM berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;
5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2020. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan ditolak dan akan diberikan tarikh baru (Jika dibenarkan hadir).
6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;
7. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;
8. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPPM adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;